Makalah Bahagian Pertama Disini


Islam dan Kebenaran

(Bahagian Kedua)

 

Pemansuhan

Satu lagu ajaran penting dalam agama Islam yang telah menyebabkannya seolah-olah bercanggahan ialah pemansuhan

Kita sudah pun melihat umat Islam menganggap kitab al-Quran sebagai sabda Allah yang sempurna dan tidak diubah. Mereka percaya ia telah diwahyukan sedikit demi sedikit kepada Muhammad, nabi Islam, dalam jangka masa 23 tahun. Akan tetapi nas al-Quran adalah penuh dengan percanggahan dan kontradiksi-kontradiksi dalaman! Orang Muslim cuba menyelesaikan masalah ini dengan ajaran 'pemansuhan' yaitu apabila terdapat dua ayat al-Quran yang berarahan tetapi juga bertentangan, ayat yang telah 'diturunkan' lebih awal dimansuhkan atau dibatalkan oleh ayat yang telah 'diturunkan' kemudiannya. Asalkan mereka dapat pastikan tarikh bila turunnya ayat-ayat yang bercanggahan itu, umat Islam boleh mengandaikan ayat mana untuk diabaikan (ayat yang lebih awal itu) dan nas yang mana pula untuk dipatuhi (ayat yang kemudian).

Sebenarnya, untuk menentukan atau memastikan tarikh-tarikh turunnya sesuatu ayat Quran itu adalah proses yang rumit; oleh kerana surah-surah al-Quran tidak tersusun menurut kronologis atau kesinambungan sejarah, malah alim ulamak Islam sendiri bertelagah sesama sendiri atas isu-isu pentarikhan bahagian-bahagian al-Quran. Akan tetapi ada sedikit persetujuan berkenaan mana surah-surah yang awal waktu 'ketanzilannya' dan lain surah yang bertarikh daripada sesudah Muhammad hijrah ke Medinah.    

Satu daripada akibat tragis ajaran pemansuhan ini ialah sikap kejam dan ganas agama Islam terhadap penganut-penganut agama yang lain. Sebabnya ialah kebanyakan, kalau tidak semua ayat-ayat aman-damai di dalam Quran berasal daripada era waktu Muhammad masih berada di kota Mekkah. Pada waktu itu, beliau telah bersahabat baik dengan  penganut-penganut agama lain yang berada di situ. Kemudiannya, apabila dia telah berhijrah ke Madinah untuk melarikan diri daripada penganiayaan dan mendirikan wilayah Islam yang 'berdaulat', sikapnya terhadap pengikut-pengikut agama yang lain berubah secara radikal! Ayat-ayat al-Quran yang bertarikh dari waktu di Madinah, penuh dengan kekerasan serta arahan-arahan untuk menentang dan melawan dengan umat bukan-Islam. Menurut ajaran pemansuhan, ayat-ayat Madinah itu memansuhkan semua ayat-ayat Makki (Mekkah); yakni ayat-ayat kekerasan membatalkan ayat-ayat 'aman-damai'.

Tetapi, ayat-ayat 'aman-damai' itu MASIH terdapat di dalam teks Quran. Ini menjelaskan mengapa umat Muslim masih memetik daripada ayat-ayat 'aman-damai' itu untuk menyokong hujah mereka bahawa kononnya "Islam itu aman-damai".  Sebaliknya sejarah Islam sendiri menunjukkan suatu ajaran yang berkembang pesat dengan menewaskan wilayah-wilayah jirannya melalui kuasa militari dan ketenteraan, dengan membunuh atau mengislamkan umat bukan-islam secara paksa! 


Membuat dan Memungkiri Perjanjian-perjanjian 

Telahaan kita mengenai Islam dan Kebenaran akan tidak lengkap jika kita tidak menyelidiki fenomena mengapa umat Muslim seringkali memungkiri perjanjian-perjanjian mereka dengan dengan pihak bukan-Islam. Di antara peraturan-peraturan terperinci Islam yang mengarahkan peperangan, terdapat juga peraturan untuk mengadakan perjanjian damai. Pihak Muslim dibenarkan membuat perjanjian damai yang sementara sahaja dengan pihak bukan-Islam tetapi itu pun hanya jika ianya membawa kelebihan kepada pihak Islam. Perjanjian seperti itu seharusnya tidak melebihi sepuluh tahun. Apabila keadaan telah berubah dan situasi akan memihak kepada puak Islam pula apabila mereka memungkiri perjanjian itu, maka mereka haruslah memungkiri perjanjian tersebut (tetapi mereka mesti memberitahu pihak yang lain itu terlebih dahulu tentang keputusan mereka).

Terdapat umat Islam moden yang lebih 'liberal' yang ingin melihat perubahani dalam akidah klasik Islam, misalnya kemungkinan mengadakan perjanjian damai yang tetap dengan pihak yang bukan Islam. Ada juga orang Islam yang berkata (mereka) haruslah mensyaratkan bahawa pihak bukan-Islam itu akan harus menunduk dan berserah kepada naungan kedaulatan  wilayah Islam (an Islamic state), dan ini sebenarnya tidak berbeza daripada tuntutan Islam klasik. Yang lain pula menuntut syarat bahawa agama Islam dapat dikembangkan tanpa halangan di wilayah bukan-Islam itu. Sepertimana ajaran taqiyya, ajaran memungkiri perjanjian-perjanjian telah dipelopori dan dikembang walau pun terdapat ayat-ayat al-Quran yang mendukung menegakkan dan menghormati perjanjian-perjanjian dan persetujuan.

"Kecuali orang-orang yang telah berjanji kamu dengan mereka di antara orang-orang musyrik, kemudian mereka tiada melanggar janjinya dengan kamu sedikit pun dan tiada pula memolong seorang pun musuhmu, sebab itu kamu sempurnakanlah janji mereka itu, hingga sampai waktunya. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa." 

Surah 9/4

"...janganlah kamu rosakkan (mungkirkan) sumpah sesudah kukuhnya.."

Surah 16/91


Memanjangkan Konflik di Timur-tengah

Menurut Syaikh Abdul Rahman Abdul Khaliq, seorang ulamak Salafi Arab, perjanjian-perjanjian damai dengan umat Yahudi dibuat untuk dimungkirkan. Apabila dia telah ditanyakan mengenai tanggung jawab seorang Muslim bersabit dengan perjanjian-perjanjian damai dengan umat Yahudi, dia menjawab:

"Tugas (kita) yang utama ialah untuk yakin dengan tegasnya, betapa tidak sahnya perjanjian-perjanjian tersebut, kerana mereka mengandungi syarat-syarat yang tidak sah, mereka dilahirkan dalam keadaan 'mati' pada hari kelahiran mereka.....
Tugas umat Islam yang kedua ialah adalah untuk percaya bahawa perjanjian-perjanjian seperti ini adalah tidak wajib ke atas mana-mana Muslim dan mereka tidak terikat kepada mana-mana kandungannya, kecuali apabila dia terpaksa atau terdesak (untuk melakukannya)
Tugas kita yang ketiga ialah untuk kita semua bekerja dan berusaha supaya perjanjian-perjanjian seperti ini ditumpaskan (dimansuhkan)..!"

Mufti Besar Arab Saudi, Syaikh Abdul Aziz Ibn Baz, juga telah memberi penjelasannya bahawa mana-mana 'gencatan senjata' dengan Israel adalah hanya untuk sementara waktu sahaja, bergantung kepada saat dan waktu apabila umat Islam menjadi cukup kuat sehingga mampu merampas seluruh Tanah Suci (di Palestina) untuk umat Islam sendiri!

"Keamanan di antara para pemimpin Muslim di tanah Palestin dan orang Yahudi tidak bererti bahawa umat Yahudi akan memiliki tanah mereka yang sekarang berada di dalam tangan mereka, secara tetap. Sebaliknya, ia hanya bererti bahawa mereka akan menjadi pemiliknya untuk sebeberapa waktu sahaja sehingga gencatan senjata itu sudah tamat, atau umat Islam menjadi cukup kuat untuk mengusir mereka keluar daripada wilayah-wilayah Islam - di dalam kes 'keamanan yang tidak bersyarat'.

Dengan ajaran seperti di atas ini dipelopori dan disarankan, adalah mudah untuk memahami mengapa keamanan di Timur-tengah sangat susah dan rumit untuk dicapai.


Kesimpulan

Walau pun kebanyakan orang Muslim adalah ikhlas dan terbuka dalam tanggapan mereka terhadap orang bukan Islam, kemungkinan amalan taqiyya itu sentiasa wujud. Ini pula sangat merumitkan umat bukan Islam untuk menguji keberkeyakinan dan kesahihan pernyataan-pernyataan umat Islam kepada mereka. Adalah jauh lebih mudah untuk menilai apa yang didalam minda umat Islam dengan memerhatikan apa mereka menyatakan sesama sendiri dan apa yang mereka lakukan.


Sabda Allah:

 "Dia yang sudah ada dari asal-mulanya, yang telah kami dengar dan sesuatu yang telah kami lihat dengan mata kita sendiri, sesuatu yang telah kami perhatikan dan yang telah kami sentuh dengan tangan kami, yaitu Kalam Hayat - itulah yang kami khabarkan. Hayat itu sudah dinyatakan dan kami sudah melihatnya. Lalu kami memberi kesaksian serta mengkhabarkan kepadamu tentang hayat yang kekal abadi, yang sudah ada bersama-sama dengan Allah Bapa dan kemudian dinyatakan kepada kita.

"Sesuatu yang sudah kami lihat dan yang sudah kami dengar itu kami khabarkan kepada kamu juga, supaya anda bersama-sama dengan kami, kamu pula akrab dengan Allah Bapa dan dengan Sayidina Isa al-Masih, Kalimat-Nya yang hidup. Hal itu telah kami catatkan, supaya sempurnalah kegembiraan kita bersama.    

"Inilah khabar yang sudah kami dengar dari Dia dan yang kemudian kami khabarkan kepada anda, yaitu bahawa Allah itu terang adanya dan sekali-kali pun tidak ada kegelapan di dalamnya. Jikalau kita mengatakan bahawa kita hidup akrab dengan Allah, padahal kita masih hidup dalam kegelapan, maka sesungguhnya kita berdusta dan tidak melakukan kebenaran.

"Tetapi jikalau kita hidup di dalam terang Allah, seperti Dia juga berada di dalam terang, maka kita dapat menjalin persatuan antara seorang dengan yang lain, dan darah Sayidina Isa - Putera-Nya Sendiri, menyucikan kita dari segala kejahatan (dosa angkara)! Jikalau kita katakan bahawa tidak ada apa-apa dosa pada diri kita, maka sesungguhnya kita membohongi diri DAN KEBENARAN ITU TIDAK ADA PADA DIRI KITA!

"Jikalau kita mengakui dosa-dosa kita, maka Allah, yang dapat dipercayai dan yang BENAR itu, akan mengampuni dosa-dosa kita serta menyucikan kita dari segala kejahatan. Jikalau kita katakan kita tidak berdosa, maka sesungguhnya kita menganggap Tuhan Allah itu sebagai pendusta, dan hal itu memperlihatkan bahawa Firman-Nya tidak mendapat tempat di hati kita."

Kitab Suci Injil, 1 Yahya 1, ayat 1 - 9.

"Ke tempat yang Aku akan pergi, kamu pun sudah tahu jalannya (sabda Sayidina Isa). Lalu katalah Tomas kepada Baginda : 'Ya Junjungan, kami tidak tahu ke mana Engkau pergi. Bagaimanakah kami tahu akan jalannya?'

"Sabda Sayidina Isa kepadanya, : 'Akulah Jalan, KEBENARAN dan Hidup.Tidak seorang pun datang kepada Allah Bapa kecuali melalui AKU. Jika kamu semua sudah mengenal Aku, maka kamu pun mengenal Bapa-Ku. Saat ini pun kamu mengenal Dia, bahkan sudah melihat Dia!'"

Kitab Suci Injil,  Yahya 14, ayat 4 - 7.


Indeks Utama